Sunday, July 12, 2009

KITA SEMUA KAWAN BUKAN LAWAN.....

selamat datang BuLan Julai..alhamdulillah,selesai sudey gathering trip aku ke PuLau perhentian 3-5 juLai arituh ngn bdak2 batch aku kt RMC..sangat best,menarik serta tertarik..setelah sploh tahun kami bersahabat berjaya jugak organize stu trip yg aku rsekan ok laa walaupon kehadiran hanyalah 18 org drp 89 org..stu angka yg x bleh laa nk dibanggakan sangat,,tapi OK LAAAAAAAAAAAA..dr tkde buat langsung kan?huhuhuh

terima kasih d RoYal LORDS families, kenangan bersama kamu semua setelah sploh tahun kita berkenalan amatlah menarik dan meningalkan seribu nolstagia buat aku..kenangan pahIt,manis,masin,kesedihan,kegembiraan,kegemilangan,keseronOkan,kehaNcuran,ketenangan,kemanfaatan dan segala-galanya yg berkaitan dengan emosi,spiritual dan mental yang sangat best dan x dapat nk digambarkan dengan kata-kata..banyak aku belajar dengan korang,dan sememangnya itu adalah masa lampau dan kenangan hebat kita semua yang aku rasekan sampai mati pon kita takkan lUpakan..sUmpah,perjalanan hidop kita yang telah dilalui banyak mengajar aku untuk menempUh kehidupan sekarang ini..tpi sememangnya aku harus menyedari yang segalanya telah berlalu,apa2pon hidop harus diteruskan jua..walaupon bagaimana pon sejarah dan kenangan yang dicipta,ia hanyalah masa lampau yang mengajar kita untuk terus maju dan maju dalam kehidupan..apa yang di mahukan adalah masa hadapan,dan sekarang adalah penentu segalanya....so tidak mustahil kalau manusia itu akan berubah sikap dan perangai tanpa kita sedari dan kita bayangkan..

kehidupan bagaikan bOomerang,ape yang kamu campakkan itulah akan kembali kepada dirimu,so tiada masalah bagi diriku yang tidaklah pandai mana ini,dan tidaklah sehebat mana ini..aku hanyalah mahluk Tuhan yang hina dan berbeza dari mahluk2 Nya yang lain seperti binatang dan tumbuhan yang tidak boleh membuat pilihan dan terpaksa mengikut lumrah dan adat alam ini...so apa yang kta pelajari dalam kehidupan ini kebanyakkannya dr apa yg kita baca dan dengan sape kita bersahabat..terima kasih buat sahabat2 yang memberi ilham dan kekuatan utk diri ini menempuh arus-arus kehidupan..dan terima kasih jugak kerana menghiburkan dan mewarnakan kehidupan ku ini..dan aku akan cuba tidak menyalahkan atau menuding jari sekiranya kamu semua sudah tidak memerlukan lagi aku sebagai seorang kawan dan percayalah aku juga tidak mahu kita semua menjadi lawan...sememangnya hidup yang singkat ini membuatkan kita buntu dan keliru dengan sapalah sebenarnya kawan dan sape sebenarnye lawan..tpi percaya dan terangilah mata hati ini sehingga kita sendiri dapat melihat tanpa perlu bersikap prejudis terhadap sesiapa pon..sesungguhnya kita semua manusia,dan semuanya sama sahaja..yang bezakan kan kita hanyalah akal dan minda saja..tak perlulah kita memperbodoH-Bodohkan orang lain dan membuatkan diri kita rase ujub dan takbur dengan nikmat dunia ini..

sedarlah semasa kita sibuk dan asyik mewarnakan harta-harta kita,kita sememangnya tidak sedari bahawa masa berlalu dengan bersahaja dan akhirnya kita menyedari bahawa ajal sudah hampir dengan kita..

akhirnya siapa lagi yang tinggal???

dimanakah kawan-kawan yang kita sayang2kan sebelum ini?

Untuk siapakah kereta2 mewah dan mahal yang kita beli masa di dunia ini setelah kita pergi?

untuk siapakah rumah2 besar dan harta2 yang berlimpah ruah tapi tiada sebarang keberkatan dari Nya..? bek minum khamar dan makan khinzir je tetiap hari beb..

kenapa kita sanggup menjual maruah diri dan menjadi anjing salakan kepada orang lain untuk kesenangan Perut sendiri?

kenapakah kita sanggup hidup dalam kepura-puraan untuk memuaskan nafsu duniawi ini?

kelak kita semua akan menyedari bahawa kita semua akan bertemu kembali untuk berhitung tentang apa yang diperlakonkan oleh watak2 utama dalam opera kehidupan kita..


Lu sendiri laa PIKIR.. (version akuh)