Wednesday, November 19, 2008

nikmat kesakitan di dunia ini..


masuk hari ni dh 3 hari aku sakit tekak yang amat sangat...macam ada ketulan kecil di kerongkong ku yang menghalang perjalanan air dan makanan masuk ke dlm perot ku..

Ahh..inilah nikmat kesakitan di dunia ini..sebelom esok2 kena kesakitan yang lebih mencabar lagi..baik aku amik tindakan yang biasa manusia amik iaitu BERSABAR..
ini pon kesalahan dan kesilapan aku sendiri jugak,dh tahu tekak sakit nak jugak mengisap rokOk..Padan dengan muka aku sendiri,dengan ibu jari aku diangkat dan ditalakan ke arah muka aku sendiri..rase memang x bleh blah langsung laa..aduss,sakit tekak yang membuatkan susah nak makan,susah nak bercakap,susah nak tunduk kepala..macam2 lagi laa yang seangkata dengan nya..huuhhhhhh!!


Ohh...manusia2..memang xbleh langsung nak bersabar dengan ujian Illahi terhadap hamba-hambanya ini..arini aku nak makan bubur nasi jer laa..layan akan jer..dan alhamdulillah aku berjaya mengurangkan mengisap PANAH2 BERACUn dengan ayat modennya ROKOK..setakat ni,dh setengah hari aku xmennyuakan kedalam mulut aku ini..ok laa,berbanding hari2 biasa..kalau bulan posa boleh lak aku posa satu ari..manusia2,macam-macam ragam ada..

dah laa aku sakit tekak...sparing partner aku ataupon kucing kesayangan aku pon sakit gak nie..dh dua hari gak laa..kaki dia injured gler coz kalah bergaduh dengan kucing yang agak gangster di sekitar umah aku nie.DONIE..DONIE..dh dua hari ko terbaring jer,kesian ko..nasib baik laa aku pon dlm keadaan injured gak nie.

so pengajaran tok aku kali ini..jaga laa tubuh badan yang aku pinjam nie elok2..kurangkan laa buat naya dan taik kat diri sendiri.esok2 tangan nie ngn badan ni yang menjawab aper yang aku buat dengan diorang..mulut nie dh konpem tutupnya..tak nak ngaku..apa yang tahu dia telan n amik jer apa yang disuapkan..merokok tue dh laa membahayakan diri sendiri..pastue berjangkit lak kt orang lain..ish---ishh...cian tol saper2 yang sebelom nie tersedot asap secondary aku..minta maaf aku ucap kan beb.. :p

donie cortes



Tuesday, November 18, 2008

Seorang lelaki yang ku panggil AYAH!!

Tadi tepat pkul 11.oo pagi,angah call aku..dan dia cakap hari ini ulang tahun kematian ayahku,Allahyarham Abdul Latif b Hj Sulaiman...patut r ku rase cm aku teringat sangat kat dia jer dalam seminggu ni..rupa-rupanya dh dekat setahun ayah pergi meninggalkan kami..rasa cm sekejap jer masa berlalu..aku ingat lagi sewaktu aku la yang pertama kali menjumpai mayatnya pagi itu..beliau pergi semasa masih dalam tidornya lagi,dan emaklah orang pertama yang menyedari beliau sudah tidak sedar2 lagi dari tidonya...kalau nak dipikirkan balik semasa pagi dia pergi,aku meraung bagaikan nak gila..aku betol2 x bersedia lagi hadapi semua ini..aku rase mcm semalam jer lagi aku bergelak ketawa dengan mu wahai lelaki yang ku panggil Ayah..

Ayah....ko laa yang sanggup berhujan panas dan membanting tulang empat keratmu untuk mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga..aku sangat hargai atas segala usahamu dan aku berbangga di lahirkan sebagai anakmu Ayah!!
terima kasih atas segala kasih sayang yang ko berikan walaupon kadang-kadang ko cuba untuk tidak menunjukkan yang ko menyayangi kami sekeluarga tapi hakikatnya ko sangat menyayangi kami dan sangat mencintai seorang wanita yang ku panggil EMAK!!tidak ku sangka ko pergi dahulu meninggalkan kami,aku percaya kau laa antara ayah yang paling mencintai isterinya sepenuh hati..ko telah buktikan nye ayah,dengan segala pengorbanan dan tingkah lakumu semasa masih bersama kami..

Terima kasih tak terhingga juga atas segala marahan & makian serta pukulan yang pernah ko berikan kepada anak mu yang serba lemah dan bodo ini...jikalau ko tidak memberikAN apa yang telah ku lalui,nescaya aku tidak lah sebaik da sebagus untuk menjadi manusia yang ingin mendekati kesempurnaan seperti sekarang..

Maafkan laa atas segala kekasaran ku,kekurangan ajaran ku,dan kebiadapanku terhadap dirimu..x terlintas langsung di hati ku ingin menjadi anak yang durhaka ayah..cuma aku hanyalah seorang insan yang lemah dan bodoh serta baru lagi nak mengenALi apakah permainan duniawi ini dan tipu helah dunia ini..MAafkan laa anakmu ini ayah..

Ayah,kalau ditakdirkan kita dapat berjumpa lagi di satu masa kelak,izinkanlah anakmu ini membelai dan mengasihimu dengan sepenoh hati..Akan ku pastikan kita hidop berbahagia bersama-sama di alam syurga..Maafkan laa ADEk ayah,adek x berniat nak melukakan hati ayah dulu..aMPUNkan segala dosa2 adek ngn ayah..adek doakan semoga ayah dan emak diampunkan dosa oleh Allah S.W.T dna ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman..semoga Roh kamu berdua dicucuri Rahmat..adek sayang kamu berdua, MAK....AYAH...

Sunday, November 16, 2008

KHAYALAN

(Khayalan)

Verse 1
Kita Semua Sama Tapi Berbeza
Akal dan Minda Penentu Segalanya
Jelas Di Minda Dekat Kita Padanya
Marilah Kita Hidup Dengan Gembira

Kekang Apa Yang Kau Lihat Dan Rasa
Pasti Kau Kan Ingat dan Juga Lupa
Janganlah Curiga Dan Berduka
Fahamilah Pabila Kau Melakukannya

Bridge
Timbulnya Keinsafan Daripada Perasaan
Timbulnya Kemampuan Daripada Keupayaan
Timbulnya Kejayaan Daripada Tindakan

Chorus
Khayalan Puncanya Satu Harapan (datang kenikmatan)
Khayalan Semua Boleh Lakukan (datang kemenangan)

Verse 2
Orang Lama Pernah Berpesan
Belajarlah Darimu Dengan Kegagalan
Bangunlah Kembali Menuju Ke Depan
Kelak Kau Pasti Jumpa Kebahgiaan

Perjuangan Ini Satu Perjalanan
Yang kita Ingin, Percaya Dan Mahukan
Indahnya Sebuah Kehidupan
Pabila Segalanya Dalam Genggaman

Bridge
Timbulnya Keinsafan Daripada Perasaan
Timbulnya Kemampuan Daripada Keupayaan
Timbulnya Kejayaan Daripada Tindakan

Chorus
Khayalan Puncanya Satu Harapan (datang kenikmatan)
Khayalan Semua Boleh Lakukan (datang kemenangan)

Verse 3
Semuanya Adalah Rahsia
Hargailah Segala Dikeliling Kita
Usahlah Kau Bermuram Durja
Lakukan Apa Yang Diinginkan Saja

Selamilah Dirimu Itu
Sedalam Mana Yang Kau Termampu
Buatlah Apa Saja Yang Kau Mahu
Hanya Kamu Sendiri Yang Kan Tahu

Bridge
Timbulnya Keinsafan Daripada Perasaan
Timbulnya Kemampuan Daripada Keupayaan
Timbulnya Kejayaan Daripada Tindakan

Chorus
Khayalan Puncanya Satu Harapan (datang kenikmatan)
Khayalan Semua Boleh Lakukan (datang kemenangan)

Dunia..Oh Dunia!!!!!

Dunia???..Indah sangat kah dunia nie?biasanya orang akan rasa dunia di adalah penghujung segalanya.rasa seperti ingin hidop kt dunia nie selama-lamanya..sebelom nie pon aku termasuk laa dlm golongan sperti itu...hah..sebenarnya apa yang ada kat dunia nie adalah sperti ilusi semata-mata..hmmm..penuh dengan tipu daya n penuh dengan busuk nista yang diperlakukan oleh manusia..tangan-tangan yang sering melakukan kecelakaan dan kemusnahan ke atas muka bumi ini...
ahhhh..
kosongnya rasa diri ini..rasa sungguh bosan dan penat hidop bersama manusia yang pentingkan diri dan mengambil kesempatan terhadap orang lain..Oohhh!!panahan beracun syaitan menusuk lagi ke dalam jiwa ku,merasakan diri aku sudah cukup bagus untuk mengadili orang lain..semuanya yang indah pada luaran adalah boHong semata-mata...

bilakah semua ini akan berakhir?dimanakah titik permulaannya?di manakah titik penghujungnya?

aku xboleh terus begini....pedulikan sahaja mahluk2 busuk itu...

ohh Tuhan..berikan laa petunjuk kepada hamba mu yang hina dan dina ini..tabahkan lah hati hambamu ini..

Saturday, November 15, 2008

arhh serabot...........

aRhhhh......aku ingin jer menjerit kuat2 nie..serabotnyer..apa laa nak jadi ngn aku nie..asyik2 buat benda yang selalu menjadi faveret aku dan selalu menjadi kegemaran aku yang selalunya menyebabkan kesusahan aku...dan akhirnya yang merana aku...Ohh!!!sedihnya..

manusia..manusia..manusia...memang xpernah nak berubah...itulah adat manusia..aku pon tak tahu apakah yang menyebabkan seseorang manusia itu untuk berubah..adakah motivasi xcukup2 lagi disana sini..kejayaan demi kejayaan ker?entah laa..tepok dada tanya selera..semua nya terletak di hati dan otak manusia itu sendiri..

benda yang selalu menjadi faveret aku macam big mac kt mcdonald kalau makan dengan pelahap ataupon otak2 kempas johor iaitu MEMBUANG MASA dan MENANGGUHKAN KERJA..bak kater orang putih PROCRASTINATIOn..

uish..biler laa..biler laa..aku rase kalau aku nampak laa individu menangguh masa nie mcm mane rupa bentok asal dia memang aku tangan2 jer..ahhh..bengang btoi laa dengan diri sendiri nie..membiarkan diri aku dipengaruhi oleh setan durjana untuk membiarkan diri aku terkulai layu dan membiarkan kerja aku tidak teratur dan tersusun dengan cantek sekali ibarat rembatan gol wayne rooney walaupon aku bukan peminat MAN U yang x bleh blah....ahhh..

kena berubah nie...kena berubah nie...hari ni..aku telah membuatkan diri aku terasa bangang lagi dengan tabiat aku ini...aku tafsirkan membuang masa ngn menangguh kerja nie umpama berinzal dengan diri sendiri jer aku rase bak kata kasarnya MELancap..uisshhh.bila dh klimaks,then terasa bangang n last2 pkir2kan aku nie dh berinzal dengan diri sendiri rupa-rupanya..bukannya berjimak dengan seronoknya umpama pasangan suami isteri yang menikmati malam pertama mereka dengan melaga-lagakan lubang kencing masing-masing..ahhhh..bosan!!.dh jauh aku mengarut nie..

akhirnya siap jugak assignment aku yang x seberapa aku buat,nasib baik mempunyai ahli2 lain yang mantap..tapi rasa malu ar..ahhh..padan muka aku la..sapa suruh buat taik kat diri sendiri..

Ya Allah,bantu laa hambamu yang hina dan lemah ini untuk membuang tabiat buruk ini dan mengelakkan jauh2 setan durjana yang sering menembak panah beracun ke dalam hatiku ini..kejayaan dalam melawan nafsu diri sendiri yang aku inginkan..berkatilah aku..Amin

Thursday, November 13, 2008

semangat berpagi-pagi!!

pagi ni aku bangun dengan ckup segar,pasai semalam tepat 2 pagi aku dh lelap..benda yang jarang2 aku buat lebih kurang 6,7 tahun kebelakangan nie..masalah aku yang cukup ketara dari dlu lagi cuba aku overcome INSOMIA..huh!!

klau dulu,dh dengar azan subuh baru aku lelap..tak pon lepak sembang2 kote ngn kengkwan sampai le pagi baru laa nak tido...itu pon blom citer kalau kuar menghabiskan duit n buat maksiat mata kt luar agi..then terlajak tido sampai laa matahari dh terik n mengejek2 aku suruh bangun kuar umah..itupon kalau aku ader WILL POWER,bak kate omputih..huhhuhuhuhuhhuuh..itu laa nak kena BERDISPLIN lagi r dlm hidop nie..kena jadi skema ckit laa dr biasa..btollah org cakap manusia normal nie tido 5,6 jam sudah cukup sebenar nye..

WILL POWER+SELF DISCPLINE= Positive Attitude

hari ni aku set target next time aku nak tido awal lagi,so pagi aku leh bangun lagi awal..dh laa org kata bangun pagi nie murah rezki,orang kata laaa..tapi mengikut firasat aku,hari ni aku akan berjumpa dengan miracles..coz jp g aku der lunch ngn orang besar..xlah besar maner orang nye..cuma pangkat dia jer besar,so orang dia maintain lagi la cm manusia normal..
huhuhuh..dh laa kt opis nie,antara yg datang awal ader laa Top performer2 company aku.terasa cm to performer lak... :p

Wednesday, November 12, 2008

bilakah masaku???





bilakah masaku??satu persoalan yang bermain dlm otak aku satu hari ni dr tgahari sampai skrg..tgahari td time lunch aku lepak ngn member lama aku ni..used to be follower aku dlm network marketing cmpany yg aku pernah join bf4 nie..borak punye borak dia story r sedikit sebanyak apa yang dia dh buat dlm setahun dua ni..tum..tam..tum tam..dh dh maintain income dgn satu establish network marketing company..
then dia dh nak start stu lagi network dengan satu lagi cmpany baru..alhamdulillah rezki dia,usaha kerja keras setahun lebih..dh bleh r pkai keta honda..yang aku tk tahu honda aper,tapi dr segi confident dia aku rasa dia berpuas hati ngn achievement dia setakat nie..

pada mulanya aku nk rasa jealous pon ader dengan gaya dia n cara dia story kt aku,tp nasib baik aku cuba bertindak bijak dan cuba berpkir sepositif yang mungkin...aku support dia dan bg semangat kt diri dia untuk usaha lebih lagi..secara x langsung membakar sampai hangus gak laa dlm diri aku..dn membuat aku terpikir, bf4 dis aku yang mengajar dia..then sekarang dia dh tinggal aku banyak tiang dh...ibarat klau main race keta,aku dh agak jauh tertinggal di belakang pasal enjin keta aku masih lagi standard..dia dh tukar enjin honda,yang aku rasakan mungkin V-tec..then x citer lagi performance ngn tuning keta aku masih lagi sama..dianye dh lain..dan paling ketara sekali nose ngn turbo keta dia..

uishhh..aku terpikir sambil mengurut2 perlahan kepala aku,,nak x nak aku kena tambah minyak lagi..usaha aku kalau mcm nie lagi,aku rase dia dh tukar ferari dh kot nanti.
tpi apa yang aku belajar hari ini memang best,aku pasti aku akan berada dlm stage dia sekarang..hanya masa aku jer blom sampai lagi..Allah s.w.t je laa yang tahu apakah yang terbaik utk diri aku,apa yang aku boleh pastikan dia dh bagitau
yang 'kita takkan boleh berubah kalau kita tak nak mengubah diri kita sendiri'..kalau nk berjaya memang betol laa aper org2 tua cakap...bersusah2 dahulu pendapatan,bersenang2 kemudian adalah kemudahan..

pastue dengan agak bersemangat aku nk gi attend function mlm nie..got to do something,and to make my empayar plak..

Tuesday, November 11, 2008

langkah pertama...

akhirnya hari ini 11.11.2008 tarikh keramat bagi ku memiliki blog aku sendiri..aku rasa happy n excited sangat coz aku dh x perlu baca blog orang lain sangat2 laa..coz aku dh ader blog aku sendiri untuk aku menempek sekarang..best ker ada blog nie???..aku tak tahu laa aku meniru sesapa ker,or memang trend hari ini..entah laa..tapi yang aku tahu hidop aku akan lebih bermakna lagi..dh lama teringin nak wt blog nie..insya allah..aku akan pastikan hidop aku lebih indah lagi dari semalam dengan kehadiran blog ini..anyway gudluck dan tahniah untuk diri aku sendiri lagi sekali..untuk arwah mak dan ayah semoga kamu berdua dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang2 yang beriman...adik sayang mak ngn ayah.. :p