Tuesday, November 18, 2008

Seorang lelaki yang ku panggil AYAH!!

Tadi tepat pkul 11.oo pagi,angah call aku..dan dia cakap hari ini ulang tahun kematian ayahku,Allahyarham Abdul Latif b Hj Sulaiman...patut r ku rase cm aku teringat sangat kat dia jer dalam seminggu ni..rupa-rupanya dh dekat setahun ayah pergi meninggalkan kami..rasa cm sekejap jer masa berlalu..aku ingat lagi sewaktu aku la yang pertama kali menjumpai mayatnya pagi itu..beliau pergi semasa masih dalam tidornya lagi,dan emaklah orang pertama yang menyedari beliau sudah tidak sedar2 lagi dari tidonya...kalau nak dipikirkan balik semasa pagi dia pergi,aku meraung bagaikan nak gila..aku betol2 x bersedia lagi hadapi semua ini..aku rase mcm semalam jer lagi aku bergelak ketawa dengan mu wahai lelaki yang ku panggil Ayah..

Ayah....ko laa yang sanggup berhujan panas dan membanting tulang empat keratmu untuk mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga..aku sangat hargai atas segala usahamu dan aku berbangga di lahirkan sebagai anakmu Ayah!!
terima kasih atas segala kasih sayang yang ko berikan walaupon kadang-kadang ko cuba untuk tidak menunjukkan yang ko menyayangi kami sekeluarga tapi hakikatnya ko sangat menyayangi kami dan sangat mencintai seorang wanita yang ku panggil EMAK!!tidak ku sangka ko pergi dahulu meninggalkan kami,aku percaya kau laa antara ayah yang paling mencintai isterinya sepenuh hati..ko telah buktikan nye ayah,dengan segala pengorbanan dan tingkah lakumu semasa masih bersama kami..

Terima kasih tak terhingga juga atas segala marahan & makian serta pukulan yang pernah ko berikan kepada anak mu yang serba lemah dan bodo ini...jikalau ko tidak memberikAN apa yang telah ku lalui,nescaya aku tidak lah sebaik da sebagus untuk menjadi manusia yang ingin mendekati kesempurnaan seperti sekarang..

Maafkan laa atas segala kekasaran ku,kekurangan ajaran ku,dan kebiadapanku terhadap dirimu..x terlintas langsung di hati ku ingin menjadi anak yang durhaka ayah..cuma aku hanyalah seorang insan yang lemah dan bodoh serta baru lagi nak mengenALi apakah permainan duniawi ini dan tipu helah dunia ini..MAafkan laa anakmu ini ayah..

Ayah,kalau ditakdirkan kita dapat berjumpa lagi di satu masa kelak,izinkanlah anakmu ini membelai dan mengasihimu dengan sepenoh hati..Akan ku pastikan kita hidop berbahagia bersama-sama di alam syurga..Maafkan laa ADEk ayah,adek x berniat nak melukakan hati ayah dulu..aMPUNkan segala dosa2 adek ngn ayah..adek doakan semoga ayah dan emak diampunkan dosa oleh Allah S.W.T dna ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman..semoga Roh kamu berdua dicucuri Rahmat..adek sayang kamu berdua, MAK....AYAH...

No comments: