Sunday, December 20, 2009

SeLangKAh TaPAk KE HAdaPAn

selangkah tapak ke hadapan..

alhamdulillah,arini tamat satu ari aku mengikuti kursus kawin..huhh..kt MAHLIGAI FIRDAUS,Setiawangsa..ok laa n not bad gak laa tempat dia..aku cube untuk menjadi manusia yang bersyukur dengan apa yang ada dan ketentuan..awai2 tu agak mengantuk jugak la..mcm2 citer pernceramah ni bukak,kena layankan dan take note ape yg patut..apsai esok2 kang aku tk tahu laa bila nk memanjat ke tangga yang seterusnya.
terbukak banyak jugak laa minda aku tentang isu rumah tangga ni,bukannya satu perkara yang boleh dibuat main2.hhuhuhuhu..

baru lah banyak aku mengerti tentang pengorbanan seorang IBU dan AYAH dalam mendirikan satu institusi kekeluargaan..tanggungajawab,amanah,pengorbanan,suka-duka dan bab2 len lagi sperti CARI GALI..lastnye pernceramah agak mencuitkan jugak laa hati aku sedikit sebnyak..asai Kelantan,then agak muda..memangs onok laa bile dengar dia bercerita tentang isu rumah tangga ni..memang xde kaber langsung..banyak kali gak dia menyebut perkataan CREATE memori2 indah dalam berumah tangga ni..tpi bile dia speaking kelate dia jadi KELIT laa..huhuhuh..menusuk kalbu dan jiwa jugak laa ape yang aku dapat arini..dan paling mengingatkan aku adalah kedua2 orang tua aku..ayah dan emak..barulah aku nampak bagaimana diorang berdua menyesuaikan dan memeprlengkapkan diri antara satu sama len sampaila diorng meninggal dunia..alhamdulillah,berjaya gak diorang membesarkan aku tiga beradek sampai kami jadi ape yang kami jadi sekrg.

Memang mengujakan aku laa apbila nak melangkah ke alam rumah tangga ni,insyaallah sebahagian dari agamaku akan sempurna apabila aku mendirikan rumah tangga ni..dn pembahagian sepauh dari jiwaku ini kepada seorang insan yang bernama wanita,Isteri dan Ibu kepada bakal anak2ku nanti..insyaallah..segalanya akan menjadi yang terbaik buat diriku nanti..

Dan satu lagi kejadian yang mengejutkam aku petang tadi di waktu mahgrib..time tgah driving kt MRR2 td aku nampak stu pakcik yang bawak moto roda 3 ni sebijik mcam arwah ayah aku..memang terkejut giler r..dua kali aku berenti selepas potong dia nk pastikan btol2..sekali nampak memang sebijik la..
bila kali ke 3 aku nak benti n kejar pakcik tu dh x sempat..niat nak tanye name n sedekah amcam awek aku cadangkan..tpi x sampai hajat aku itu,
huhuuhu..memang satu kejadian yang agak mengejutkan diri aku ini..
entahlah aku dh terpikir dh semenjak dua menjak ni..harijadi dia pon dh x lame gi..sekrang genap 2 thun satu bulan dia pegi..memang aku rindu sangat ngan arwah ayah..dia pegi secara tiba2..memang aku agak tak bersedia semasa permergiannya..
semoga Rohmu diberkati dan segala dosa-dosa mu selama ayah hidup dimuka bumi ini diampunkan oleh Allah SWT yang Maha Pemurah lagi MAha Penyayang..insyaallah Ayah..
AL-Fatihah

Saturday, December 19, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431

Alhamdulillah..selamat sudah aku melangkah ke tahun baru..satu penghijrahan baru untuk diri ku lagi..Ku pohon kesyukuran dan limpah rahmat daripada Mu kerana memberikan ku lagi kesempatan untuk bernafas dan berbakti di atas dunia ini lagi Ya Allah..Insyaallah aku akan melakukan yang terbaik untuk agamaku,diriku dan keluargaku...

Pejam celik,pejam celik..tup tup tap..dh masuk lagi ek tahun baru..rase mcm sekejap je..aku rase mcm baru lagi aku menaip time nk masuk tahun lepas..memang betul laa..rase sekejap je masa berlalu skrg ni...ish2 ish2..setahund dh rase macm seblan..sebulan dh rase macm seminggu...seminggu dh rase mcm sehari.sehari dh rase mcm sejam pulak..memang dunia dh makin pnghujungnya..semoga aku berkesempatan untuk berbakti dan menebus kembali ape yg telah aku lakukan selama kau hidup di atas muka bumi ini..

alhmdulillah,sepanjang tahun lepas..mcm2 sudah berlaku..ade peningkatan dan ade penghijrahan yang telah aku lakukan dalam hidupku..ye laa..aku pon bukannya sempurna mane..tapi at least aku berusaha untuk mendekati kesempurnaan itu..insyaallah..aku akan berjaya untuk beranjakan paradigma aku sepenuhnya..

Hidup aku banyak jugak berubah setelah aku menukar status relationnship aku ni..memang betul laa..wanita memainkan banyak peranan sama ada seorang lelaki itu boleh jatuh atau pon naik..ataupon berjaya ataupon lingkup..
alhamdulillah,aku berjumpe dengan seorang wanita yang aku yakin akan membahagiakan idopku apabila aku melangkah ke alam rumah tangga..memang laa wanita ni seorang mahluk yang amat sensitif..walaupon kengkadang berbagai2 perasaan yang aku dapat tapi mebuatkan aku untuk menghargai,menghormati dan menyayangi mahluk ciptaan Allah yang bernama WANITA ini..insyaallah aku akan sentiasa berusaha dan dapatkan yang terbaik untuk membahagiakan hati seorang wanita yang aku sayangi sepenuh hati aku ini..dan esok aku akan pergi kursus kahwin..huhuhu..mcam tak caya gak..tpi ape2pon langkah harus diteruskan...walauapepon yang brlaku..life must go On..stu level nek lagi dlam idop aku..
kengkawn len yg stu batch aku dh ade anak sudey..yang len pon dh menyusuli..huhuhuh..mcm best je bile diroang ade baby..hhuhuhu..memang la..aku dh memang nk kena kahwin pon ni..huhuhuhuh..mengisi kekosongan dlm jiwa dan hati ku ini..

sempena tahun baru ini antara TARGET aku untuk diri aku adalah

*SETELKAN HUTANG(KAWAN2,STUDY DLL)
*KUMPUL DUIT UNTK TUNANG DAN KAHWIN
*BERHENTI MEROKOK DAN AKTIVITI2 KURANG SEHAT
*BUILD UP CAREER ADVANCEMENT AKU dlm COWAY,SANFI,KLAPADARA BIOTECH
*RENOVATE RUMAH
*BELI TRITON :)


Dan AZAM AKU TAHUN NI ADALAH

*kURUSKAN BADAN AKU YANG DH MENCECAH 90 KG ni
*KURANGKAN SIFAT BERTANGGUH DAN MEMBUANG MASA
*KURANGKAN DAN BUANG SIFAT BOROS
*BRHENTI HISAP ROKOK
*MENYIMPAN,MENYIMPAN DAN MENYIMPAN (JADI KEDEKUT SKIT DALAM PERBELANJAAN)
*TAK MAU MAIN2 dan MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK SETIAP HARI DEMI HARI DARI SUDUT
DALAMN DAN LUARAN
*KONSISTEN DAN GIGIH DALAM MELALUI HIDUP AKU HARI DEMI HARI UNTUK MAJU KEHADAPAN



(Dngan name Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Segala Pujian bagi Allah Tuhan sekalian Alam.Rahmat dan Sejahtera ats Penghulu kami Nabi Muhamad & ats keluarga dan sahabat2 baginda.Ya Allah, Kaulah Tuhan yang kekal selam-lamanya,tiada permulaan.KelebihanMu Maha Besar & KemurahanMu sangat2 dihrapkan.Tibalah sudah Tahun Baru,Kami mohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian didalam tahun baru ini daripada kuncu-kuncu syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu2 syaitan dan bala tenteranya.Dan kami mohon dariMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah ( nafsu yang mendorong kepada kejahatan)Kami mohon juga kepadaMu akan rasa sedia ingin membuat kerja kebajikan yang boleh mendampingkan dari kami kepada Mu Ya Allah Tuhan Maha Agung lagi Mulia yang sebaik-baik mengurniakan Rahmat)

Thursday, September 10, 2009

HARI ini DaLam SEJARaH!`

SALAM RAMADAN kepada semua Umat Islam walaupon tinggal 11 hari lagi kita boelh berpuasa..kembaLi lagi aku kepapan coretan Ku ini..huhuhu

sebentar TAdi 09-09-09..satu tarikh yang bermakna dalam hidup aku setelah aku hidop selama 24 tahun di dunia ini..akU telah melamaR seorang wanita untuk menjadi teman hidup ku utk tamatkan zaman bujangkU..KeNAPA?kenapa tiba2 aku sanggUp dan beranI untuk melaFazkan Kata2 itu sedangkan sebelum ni tidak terpiKir lagi di kepala Otak aku untuk berkahwin..NOOR SHUHAIDAH bT RAJA SHUIB..
tidak pernah lagi aku jumpe sebelum ni seorang gadis yang boleh mengetUk pintu hati aku ni sehingga aku sangguP melamarnye dengan tiba2 sahaja..detik perkenalan yang aku rase baru lagi tak sampai setengah tahun lagi tpi bboleh membuatkan aku yakin bahawa dia laa calon isteri yang sesuai buat diri aku..perasaan CINTA ini memang kurniaan dariNya..x dapat aku tipu lagi diri ini..memamg aku x kekeruan bila ptang td dia bagitau yang ade org len sudah masuk merisik dan bertanya2kan pasal dirinya..itu lah antara stu sebab yang buatkan aku kelam-kabut dan aku terus bertindak untuk melamarnya..walaupon aku baru buat sekali saje solat istikarah utk meminta petunjuk dari Yang Maha Esa..tpi aku harus melakukan banyak lagi utk mintak petunjuk driNya.sebab aku tahu kahwin ni pon bukan perkara men2..dan bukannye macam pakai baju..tpi yang aku tahu Pompuan yang bernama Noor SHuHAidah ini memang buat aku sentiasa tersenyum dan bahagia pabila aku memikirkan tentangnya..memang betul laa ape yang org ckap bahawa cinta itu adalah misteri..dan aku tahu perasaan ini daripadaNya juga..dan aku tidak mahu dan x sanggup utk kehilangan dirinya..tpi kalau sememangnya itu adalah ketentuan dan jodoh yang telah ditetapkan oleh Illahi..aku harusnya sabar menerimanya..


Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini bahawasanya aku ingin menjadikan Noor Shuhaidah bt Raja Shuib sebagai teman hidupku untuk selamanya adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini Noor Shuhaidah bt Raja Shuib sebagai teman hidupku untuk selamanya membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Sunday, July 12, 2009

KITA SEMUA KAWAN BUKAN LAWAN.....

selamat datang BuLan Julai..alhamdulillah,selesai sudey gathering trip aku ke PuLau perhentian 3-5 juLai arituh ngn bdak2 batch aku kt RMC..sangat best,menarik serta tertarik..setelah sploh tahun kami bersahabat berjaya jugak organize stu trip yg aku rsekan ok laa walaupon kehadiran hanyalah 18 org drp 89 org..stu angka yg x bleh laa nk dibanggakan sangat,,tapi OK LAAAAAAAAAAAA..dr tkde buat langsung kan?huhuhuh

terima kasih d RoYal LORDS families, kenangan bersama kamu semua setelah sploh tahun kita berkenalan amatlah menarik dan meningalkan seribu nolstagia buat aku..kenangan pahIt,manis,masin,kesedihan,kegembiraan,kegemilangan,keseronOkan,kehaNcuran,ketenangan,kemanfaatan dan segala-galanya yg berkaitan dengan emosi,spiritual dan mental yang sangat best dan x dapat nk digambarkan dengan kata-kata..banyak aku belajar dengan korang,dan sememangnya itu adalah masa lampau dan kenangan hebat kita semua yang aku rasekan sampai mati pon kita takkan lUpakan..sUmpah,perjalanan hidop kita yang telah dilalui banyak mengajar aku untuk menempUh kehidupan sekarang ini..tpi sememangnya aku harus menyedari yang segalanya telah berlalu,apa2pon hidop harus diteruskan jua..walaupon bagaimana pon sejarah dan kenangan yang dicipta,ia hanyalah masa lampau yang mengajar kita untuk terus maju dan maju dalam kehidupan..apa yang di mahukan adalah masa hadapan,dan sekarang adalah penentu segalanya....so tidak mustahil kalau manusia itu akan berubah sikap dan perangai tanpa kita sedari dan kita bayangkan..

kehidupan bagaikan bOomerang,ape yang kamu campakkan itulah akan kembali kepada dirimu,so tiada masalah bagi diriku yang tidaklah pandai mana ini,dan tidaklah sehebat mana ini..aku hanyalah mahluk Tuhan yang hina dan berbeza dari mahluk2 Nya yang lain seperti binatang dan tumbuhan yang tidak boleh membuat pilihan dan terpaksa mengikut lumrah dan adat alam ini...so apa yang kta pelajari dalam kehidupan ini kebanyakkannya dr apa yg kita baca dan dengan sape kita bersahabat..terima kasih buat sahabat2 yang memberi ilham dan kekuatan utk diri ini menempuh arus-arus kehidupan..dan terima kasih jugak kerana menghiburkan dan mewarnakan kehidupan ku ini..dan aku akan cuba tidak menyalahkan atau menuding jari sekiranya kamu semua sudah tidak memerlukan lagi aku sebagai seorang kawan dan percayalah aku juga tidak mahu kita semua menjadi lawan...sememangnya hidup yang singkat ini membuatkan kita buntu dan keliru dengan sapalah sebenarnya kawan dan sape sebenarnye lawan..tpi percaya dan terangilah mata hati ini sehingga kita sendiri dapat melihat tanpa perlu bersikap prejudis terhadap sesiapa pon..sesungguhnya kita semua manusia,dan semuanya sama sahaja..yang bezakan kan kita hanyalah akal dan minda saja..tak perlulah kita memperbodoH-Bodohkan orang lain dan membuatkan diri kita rase ujub dan takbur dengan nikmat dunia ini..

sedarlah semasa kita sibuk dan asyik mewarnakan harta-harta kita,kita sememangnya tidak sedari bahawa masa berlalu dengan bersahaja dan akhirnya kita menyedari bahawa ajal sudah hampir dengan kita..

akhirnya siapa lagi yang tinggal???

dimanakah kawan-kawan yang kita sayang2kan sebelum ini?

Untuk siapakah kereta2 mewah dan mahal yang kita beli masa di dunia ini setelah kita pergi?

untuk siapakah rumah2 besar dan harta2 yang berlimpah ruah tapi tiada sebarang keberkatan dari Nya..? bek minum khamar dan makan khinzir je tetiap hari beb..

kenapa kita sanggup menjual maruah diri dan menjadi anjing salakan kepada orang lain untuk kesenangan Perut sendiri?

kenapakah kita sanggup hidup dalam kepura-puraan untuk memuaskan nafsu duniawi ini?

kelak kita semua akan menyedari bahawa kita semua akan bertemu kembali untuk berhitung tentang apa yang diperlakonkan oleh watak2 utama dalam opera kehidupan kita..


Lu sendiri laa PIKIR.. (version akuh)

Sunday, June 28, 2009

Selamat hari Lahir SALEHUDDINAYUB!!

aKhirnya..aku masuk juga ke umur 24 tahun..alhamdulillah kepada Allah SWT yang memberi izin kepadaku untuk terus bernafas lagi hingga ke hari ini..semoga perjalanan hidup ku akan diterangi cahaya dan kesucian dari-Mu..terima kasih juga kepada arwah mak n ayah yang membuatkan seorang mahluk Allah yang bernama Salehuddinayub b Abdul Latif muncul ke dunia ini..jasa kalian berdua takkan aku lupakan..adek sayang mak ngn ayah sangat2.. ":)

Sempena menyambut besday ku,setel sudey aktiviti bermandi dan manda serta Bbq kt Pangson pagi td..huhuuhuh..penat best n layan giler..terima kasih kepada kawan2 yang sudi menemani dan membuatkan hati ku ini ketawa kembali..

sudah 24 tahun ilmu di dada aku susun..Huishh!!panjang n berjela2 jalan citer hidup ini kalau nak dirakam n dikenangkan kembali..sudah jemu n muAk dengan gurauan dunia yang sering mengganggu emosiKu yang sering kali berkocak2 digoncang oleh alam ini..
terima kasih kepada kengkawan yang sering muncul dan hilang didlam hidup ku ini..segala gelak ketawa, sakit dan kecewa ,nangis dan gembira akanku kenangkan juga..

Tahniah juga buat diriku dan berjaya memulakan sesuatu yang baru untuk mencari erti dan cabaran baru dalam kehidupan aku..huuhuhuhuh..lepas ni kena cocentrate ngn tasks untuk bagi badan fit dengan aktiviti mountain biking..huhuhuhuh..memang best,gembira dan bercampur cool apabila berjaya memiliki cross country bike..hhuh..insyaallah,sesuatu yang indah akan dijadikan kenyataan selepas ini.

Aku haruslah bangun dan bangkit dari tidoku,sudah jelik n muak dengan sembang2 takbur dari masyarakat keliling..sudah sampai masanya aku membuktikan sesuatu kepada dunia..aku ingin terbang dan bebas melakukan kesukaan dan kegembiraanku di samping bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh-Nya.Ku pohon di simpangkan jauh dari panahan beracun yang boleh menusuk jantungku dan hatiku..aRhhhh!!persetankan itu semua..Mulakan hari esok dengan indah,semalam adalah kelas latihan yang percuma untuk aku graduasi di dalam Universiti Kehidupanku..semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya dan menyinari perjalanan hidupku..AMin

Sunday, May 24, 2009

selamat tinggaL kengKawaN ..

akhirnya abis juga jangka masa study aku kt UM..huhuhuh..next month presentation lak..malam td farewell dinner kt shah village subang..dengan tema MALAM SERIBU MEMORI..memang happening n best giler..siap aku menang karaoke agi tmpat ke 3..itu pon nasib baik silap plih lagu..huh,KU DIHALAMN RINDU menjadi pilihan..kalau GERHANA konpem aku firstnye..huhuhu..two thumbs up pd kak nor n the gang..shona,jijah,yus dn len2..respect r,bertungkus lumus buat preparation tuk menjadi kan dinner ni jd realiti walaupon bdk2 kelas aku rmai yg mcam x beri full n moral support..cian gak laa aku tgk..tpi apa2pon aku dh nk abis belajar dh x lame lagi..tinggal repeat lagi 4 paper..hhhuhuh..BONGOK!!kpd diri aku,melambatkan lagik proses pembelajaran ni..huh,n duit payment..nk kena bertungkuslumus mencri duit membayar ni..beribu gak la..bayangkan aku msuk belajar ni aku byar 3 ratus je..then buat bodo n menangguh sampai laa ni..dkat2 5 angka gak laa bayaran tertunggak..tpi aku ttp percaya segala benda dalam dunia ni bolih adjust,cuma kita mau atau tak mau saje..berbekal kan semangat nak belajar lagik n tanggungjawap pd dua2 org tua aku yg x terlunas n sedikit ketebalan muka..aku gagahikan jugak perjalanan ini..tpi segala yg tertulis mmg suratan..tiga kli bljar ckup laa utk mndpatkn sehelai sijil bermaruah ni.ada hikmah kenapa Tuhan mengaturkan aku belajar sampai 3 kali bru nak dpat sehelai sijil..aku terima dengan redha dn gumbira.. :)

tpi seriously aku akan merindui kawan2 kt dlm kelas ni..UMCCED..PDEBM 15,tertulis lagi satu sejarah dn sejuta memori di dalam sudut hati ku ini..antara benda2 yg bolih membuatkn aku happy dn rileks adalah biel aku pg ke kelas ngn bdk2 nie..best gile,sume enjoy n friendly..method of study pon menarik n mudah tuk difahami..n paling best every month ade GRUBB PARTY tuk farewell lecturer yg mengajar subjek bulan tuh..huh..memang best..thank you guys,walaupon ade yg name aku x hapal n kenal sepenohya..tpi korang memang best..all the best in ur lIFe..tinggal apli je ape yg dh blajar kt sane..hopefully will meet u guys at the TOP... :)

Saturday, May 16, 2009

Mati Hidup Kembali-BUTTERFINGERS

RANGKAP 1
Jalan raya terlampau sunyi
untuk ku terus bermimpi
mataku belum mengantuk lagi
bawa ke mana sahaja aku pergi

RANGKAP 2
tunjukkan ku bulan gerhana
tiada siapa nak ku jumpa
benda yang tiada ku sangka ada
oh tak mengapa tidak mengapa

KORUS 1
Malam semalam gundah gulana
hari ini hari mulia
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali
bawa ku hilang dari ingatan
hari ini sehingga esok
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali

RANGKAP 3
angkasa penuh dengan berlian
ku capai sebelah tangan
sebalik awan ada cahaya
bercahaya selamanya

daku tertawa seorang diri
darah yang mengalir terhenti
fikiran ku melayang-layang
tiada siapa yang perasan

ULANGI KORUS 1
seperti mati hidup kembali


huh..laghu nie skrg menjadi antar laghu faveret aku yg bila lalu je kt halwa telinga aku..memang mengalir pantas je darah n bergerak kencang je jantung akuh..
sungguh lame btol laa x singgah kt sini..dkat dua blan kot..huhuhuh..sje je aku x bukak dn membiarkan tangan nie menari2 diatas keyboard...utk kasik rindu..huhu..memang rindu gak laa..pejam celik,pejam celik,pejam celik..begitu pantas mase berlalu..alhamdulillah Allah SWT masih memberikan ku kesempatan dn peluang untuk menulis di atas papan kekunci ini..
tgk2 dh blan 5 dh..huhu,,hampir nak msuk stgah tahun sudah 2009 berlalu..banyak gak laa increasing dan improvement dalam hidop aku sendiri..yang aku rasekan laa..tak tahulaa atau hanya aku yg syok sendiri je..huhuhuhu :)

busy ckit dis week,ahad nie ade wat kenduri cukur jambul anak buah kesayangan aku,Mohamad Danish ngn kenduri doa selamat tu arwah Mak ngn Ayah..Along dengan bersemangat siap suh kengkwan wt pelamin lagik tuk Danish..agak lawa n menarik gak laa..suka hati dia laa,janji dia happy n sonok sambut anak buah yg sulung nie..
aku cm biasa mencukupkan bahagian2 tenaga ape yg tak cukup..insyaallaah segalanya berjalan dengan lancar Ahad nie..AMin..

bulan depan besday akuh...huh,sdah nk masuk umur 24 tahun dh ..terasa tua dh nie..tahun dpan masuk dh suku abad..apakah jasa n bakti aku kepada DIRI aku
sendiri,KELUARGA,BANGSA dn NEGARA..huh,panjangnye perjalanan hidop aku ni lagik...banyak je benda yg berlegar di kepala otak aku ni..insyaallah aku akan fokus satu persatu dn selesaikan dengan chantek dn indah..utk memeberikan hadiah dan two thumbs up kepada diri aku..aku nk start satu hobi baru,yang aku rasekan akan menjadikan life aku lagi mencabar dan thrill dari biasa2..huhuhhuhuh..aku nk men mOuntain bike ..huhhuh..that's it!!satu keputusan yg bijak dan cerdik..so bilak digabungkan BIDIK...huhuhuhuhu
best woo,aku dh start surfing n mencari info2 pasal game nie..best..tak leh bagitau banyak2 lagi,coz aku pon tgah baru nk belajar..insyaallah xda aral melintang sebelum besday aku ni..aku akan beli sebijik mountain bike yng agak moderate ckit harga dia..huhuhu..xsabarnye..xpe,BERSABAR adalah separuh dari IMAN..dan BERSYUKUR adalah separuhnya lagi..so aku kena redha dn tawakal dengan segalanya ape yang berlaku..baru lah kita hidup ni bagaikan BERSENANDUNG..huhu..seharusnya hidup ini harus BERSENANDUNG sambil BERBUDI.. :) insyaallah akan ada sinar dan bahagia utk kita.. AMIN..

KHAS buat Semua IBU yg masih lagi bernafas,ataupon yg sudah pulang ke rahmatullah..

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada....... ...
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....


dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si
ibu
segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh
si
anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:


1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
siibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,


"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telahi
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.




SELAMAT HARI IBU buat IBUKu yg Tersayang dan semua IBU2 di Malaysia
dn buat IBU2 yg sudah pulang ke rahmahtullah semoga roh kamu dicucuri rahmat dn ditempatkan dikalngan ahli2 syurga kelak.. :)

P/s: bace threads nie smbil dgr lagu bckground aisyah (Syurga di bwah telapak kaki ibu)


Alhamdulillah dan aku amatlah bersyukur kepada-Nya kerana dengan izin-Nya
sblom IBUku pergi aku sudah pon menyuapkan makanan kepada IBUKU....
sanggup mencuci muntah IBUKU.....
sanggup mengantikan lampin IBUKU.....
sanggup membersihkan najis IBUKU...... .
sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
IBUKU....
berhenti kerja untuk menjaga IBUKU.....


dan akhir sekali sembahyangkan JENAZAH IBUKU......

hanya Allah SWT saja yg mengetahui isi hati dan rintihan hati ku ini..
Yq Allah berikan laa hamba mu ini kekuatan dn ketabahan untuk menghadapi hari2 yang mengdatang tanpa IBUku..Amin

SELAMAT HARI IBU MAK!!

Sebelum aku membebel panjang lebar, aku ucapkan SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT HARI GURU utk arwah mak ku yg tercinta Allahyarhamah Hjh Siti Noraini bt Mohamad..semoga Allah Swt mengampuni dosa2 mu yg lalu dn memberkati rohmu serta menempatkan mu di tempat orang yang disayangi-Nya
..adek amtlah merindui emak,semoga mak tenang di sana..Amin..iskhh..iskhh.. (mood sedih)
emakku merupakan antara insan yg banyak berkorban utk keluarga,anak2 bangsa dan masyarakat..dia abiskan hampir separuh umur nya utk berbakti kepada anak2 bangsa dan masyarakat..seorang yg sangat aktif berpersatuan dari laa zaman muda sehingga laa saat menghembus nafas terakhirnya..
time aku sekolah rendah sje dia dh jd SETIAUSAHA AGUNG PIBG dr akuh bom masuk skolah tu lagik sampai laa aku umur 15 tahun..thenn lepas pencen sambung laghik join PIBG sekolah menengah aku..then jadi lagik SETIAUSAHA BADAN KEBAJIKAN TAMAN CEMPAKA,tempat aku tinggal dr umah yg aku ddk skrg terbengakalai dr 1991 sampai laa 2007 saat dia menghembuskan nafas terakhir..then jadi lagi SETIAUSAHA BADAN JAWATANKUASA SURAU lagik..dr surau tu hanya ade tapak sampai laa dh tersergam indah sekarang..then involve lagi dlam bisnes2 kantin..membangunkan PERSATUAN PENGUSAHA2 KANTIN DAERAH HULU LANGAT, berjaya lagik dicalonkan sebagai SETIAUSAHA lebih kurang 5-6 tahun..
tak tahu la mcm mane aku nk mengambarkan kehebatan emak ku ni,memang SUPERWOMAN laa..
membesarkan aku tiga beradik sampai laa kami bertiga alhamdulillah aku bolih katakan masing2 mempunyai kerjaya masing2 yg bagus2 belaka..dengan ini secara rasmi nya aku menganugerahkan arwah ibuku sebagai THE MOST DEDICATED & SUCCESFULL SECRETARY of THE CENTURY.. :)
x pernah lagi laa aku jumpa track record setiausaha yg secantek dan seindah emak aku..you are the best mOm in da world MAK!!
itulaa banyak orang cakap apabila di depan mata kita jarang menghargai sebaik2 mungkin apa yg kita ada..dahulu aku kurang nak mengambil tahu dan banyak mengecewakan dan mengecilkan hati ibuku..sesungguhnya dan sumpah aku amatlah merindui mu wahai ibuku..mengalir air mata darah sekali pon aku x bleh memutar kembali masa itu..dan sesungguhnya manusia itu banyak hidup dalam kerugian dan kealpaan dengan masa..ape yg bolih dilakukan skrang hanyalah mendongak ke langit dn memejam kan mataku sambil membayangkan saat indah dn gumbira kita bersama MAK..
adek rindu air yg MAK selalu buatkan utk adek,adek rindukan bebelan dan leteran MAK yg selalu memarahi adek kerana selalu degil dn x dengar cakap,adek rindukan
masakan mak yg paling sedap dlm dunia nie,adek rindukan belaian dan pelukan hangat MAK...hhuuuuuaawaahh..segalanya hanya menjadi kenangan semalam dan sesungguhnya adek tahu adek hidup utk arini dn esok..dn sesungguh di dalam hati ini dan fikiran ini akan sentiasa adek pahatkan bahawa MAK sentiasa memerhatikan adek utk menjadi insan yg berjaya dn berguna kepada Bangsa ,agama dan negara..insyaallah..adek akan penuhi dn tepati janji ini..
SELAMAAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU MAK!!