Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI IBU MAK!!

Sebelum aku membebel panjang lebar, aku ucapkan SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT HARI GURU utk arwah mak ku yg tercinta Allahyarhamah Hjh Siti Noraini bt Mohamad..semoga Allah Swt mengampuni dosa2 mu yg lalu dn memberkati rohmu serta menempatkan mu di tempat orang yang disayangi-Nya
..adek amtlah merindui emak,semoga mak tenang di sana..Amin..iskhh..iskhh.. (mood sedih)
emakku merupakan antara insan yg banyak berkorban utk keluarga,anak2 bangsa dan masyarakat..dia abiskan hampir separuh umur nya utk berbakti kepada anak2 bangsa dan masyarakat..seorang yg sangat aktif berpersatuan dari laa zaman muda sehingga laa saat menghembus nafas terakhirnya..
time aku sekolah rendah sje dia dh jd SETIAUSAHA AGUNG PIBG dr akuh bom masuk skolah tu lagik sampai laa aku umur 15 tahun..thenn lepas pencen sambung laghik join PIBG sekolah menengah aku..then jadi lagik SETIAUSAHA BADAN KEBAJIKAN TAMAN CEMPAKA,tempat aku tinggal dr umah yg aku ddk skrg terbengakalai dr 1991 sampai laa 2007 saat dia menghembuskan nafas terakhir..then jadi lagi SETIAUSAHA BADAN JAWATANKUASA SURAU lagik..dr surau tu hanya ade tapak sampai laa dh tersergam indah sekarang..then involve lagi dlam bisnes2 kantin..membangunkan PERSATUAN PENGUSAHA2 KANTIN DAERAH HULU LANGAT, berjaya lagik dicalonkan sebagai SETIAUSAHA lebih kurang 5-6 tahun..
tak tahu la mcm mane aku nk mengambarkan kehebatan emak ku ni,memang SUPERWOMAN laa..
membesarkan aku tiga beradik sampai laa kami bertiga alhamdulillah aku bolih katakan masing2 mempunyai kerjaya masing2 yg bagus2 belaka..dengan ini secara rasmi nya aku menganugerahkan arwah ibuku sebagai THE MOST DEDICATED & SUCCESFULL SECRETARY of THE CENTURY.. :)
x pernah lagi laa aku jumpa track record setiausaha yg secantek dan seindah emak aku..you are the best mOm in da world MAK!!
itulaa banyak orang cakap apabila di depan mata kita jarang menghargai sebaik2 mungkin apa yg kita ada..dahulu aku kurang nak mengambil tahu dan banyak mengecewakan dan mengecilkan hati ibuku..sesungguhnya dan sumpah aku amatlah merindui mu wahai ibuku..mengalir air mata darah sekali pon aku x bleh memutar kembali masa itu..dan sesungguhnya manusia itu banyak hidup dalam kerugian dan kealpaan dengan masa..ape yg bolih dilakukan skrang hanyalah mendongak ke langit dn memejam kan mataku sambil membayangkan saat indah dn gumbira kita bersama MAK..
adek rindu air yg MAK selalu buatkan utk adek,adek rindukan bebelan dan leteran MAK yg selalu memarahi adek kerana selalu degil dn x dengar cakap,adek rindukan
masakan mak yg paling sedap dlm dunia nie,adek rindukan belaian dan pelukan hangat MAK...hhuuuuuaawaahh..segalanya hanya menjadi kenangan semalam dan sesungguhnya adek tahu adek hidup utk arini dn esok..dn sesungguh di dalam hati ini dan fikiran ini akan sentiasa adek pahatkan bahawa MAK sentiasa memerhatikan adek utk menjadi insan yg berjaya dn berguna kepada Bangsa ,agama dan negara..insyaallah..adek akan penuhi dn tepati janji ini..
SELAMAAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU MAK!!

No comments: