Monday, December 8, 2008

selamat Hari Raya haji buat aku..bila laa nak naik haji nie..

hari ni hari raya haji..uhh..dengan penoh bersemangat aku dh bangun awal2 n mandi nk semayang raya arini..satu benda dulu yang selalu aku buat kalu pagi raya,tpi sekrang aku xdapat menikmati lagi nikmat itu..iaitu mencium tangan kedua-dua mak dan ayah aku dan meminta maaf dengan mereka..satu kekosongan yang amat aku rasakan dan aku cuba untuk buang2 jauh2 perasaan itu..alhamdulillah,aku cuba untuk tidak menitikkan air mata aku harini..angah pula masak nasi beriani gam kambing...pErhhh...memang satu kehebatannya dalam memasak yang mewarisi bakat mak dan ayah..1 st trial,berjaya membuat aku melantak kambing tengahari td dengan kaw sehingga lah aku pening kepala..

last2 aku terbaring kekenyangan sambil kepeningan disebabkan penangan kambing beriani itu..huh..memang terbaik la akak aku ni..tpi sayangnya dia sebenarnya seorang engineer...bukannya seorang tukang masak sepenuh masa.takpe laa itu yang terbaik untuk dia mungkin...

pegi lawat kubur mak ngn ayah..sedekah kan yasin dan aku berkongsi sebatang rokok dengan ayah..arwah memang seorang perokok yang agak tegar...ku cucukkan di atas tanah kuburnya..sebagai satu penghormatan seorang anak kepada seorang ayah..yang tidak pernah memarahi aku kerana aku menghisap rokok dari kecik lagi...terima kasih ayah...ko memang seorang yang memahami..

tahun depan aku nak amik bahagian tuk korban jugak laa..ada berkatnya kalau mengambil dan menyedekah bahagian tuk korban ini..kalau ada rezki bleh amik lebih ckit..anyway...esok masih ada lagi tuk aku buat yang terbaik..semoga aku akan terus menaip di papan kekunci aku ini dan terus maju ke depan..

No comments: