Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru..Selamat Berhijrah ke arah sesuatu yang Baru!!

yearhh!!!selamat menyambut maal hijrah 1430H...
apakah segalanya yang ingin dilaksanakan tahun lepas sudah menjadi..atau pon hanya menjadi hangat-hangat tahik ayam..huhuhuh..hanyalah aku dan Tuhan sajalah yang tahu sebenar-benarnya..apakah azam korang pulak?hhuhuhu..korang sendiri je laa yang tahu dan korang pikirlah sendiri...

1429H...meninggalkan banyak kenangan pahit,manis,masam,kelat,berbau busuk,indah dan macam2 lagi laa yang aku xleh sebut dengan kata-kata..huhuhhhhhhhhhh (menarik nafas panjang)..
tahun nie jugak laa antara tahun kesedihan aku yng lengkap bergelar yatim-piatu di umur 23 tahun..oh...mak & ayah...serious aku amat merindui kamu berdua bangat..masakan mak dan ayah yang antara paling best dalam dunia ini pernah aku rase..tiada lagi leteran untuk aku kalau aku balik umah lewat2 malam skrg, bangun tido lewat sampai ek petang..mintak duit belaja kalau takde duit..berjalan2 pegi keluar besama-sama sekeluarga..dan paling x bleh blah tiada lagi tangan untuk aku cium dan mintak maaf ketika pagi raya..raya tahun nie memang sadis buat aku,dengar lagu raya je sebak,dengar takbir je rase x bleh blah..memang rase sayu je hati aku ni..seriously memang rase kekosongan sangat..tapi apa boleh buat....seharusnya aku menerima qada dan qadar ini dengan kelapangan hati....dan aku percaya segala suratan ini adalah yang terbaik buat diri aku untuk dahulu,sekarang dan akan datang..nak nangis memang laa nak nangis,tapi apakan daya..mereka tetap tidak akan kembali..apa yang boleh aku lakukan adalah jadi yang terbaik dan membuatkan mereka bangga untuk memiliki aku sebagai anak mereka..Oohhh mak & ayah,semoga roh kamu berdua ditempatkan di tempat orang yang beriman dan disayangi oleh Allah S.W.T..

Belajar oh belajar..bila laa pembelajaran aku untuk mendapatkan sehelai SIJIL BERMARUAH ini akan berakhir..heheheh.. xlama lagi dh,blan 8 2009 ni..selamat sudah pembelajaran aku...perjalanan dari umur 18 sampai sekrang tak abis-abis lagi..tu laa saper suruh main2 sebelum nie,mak ngn ayah kan dh pesan..
padan muka aku sendiri..rekodlah untuk diri aku sendiri..belajar 3 kali kt kolej yang berbeza baru nk dapat sehelai sijil bermaruah...huhuhuuh..tapi ada jugak kot kengkawan aku yang lagi banyak masuk kolej dari aku..padan muka jugaklah kt diorang..huhuhuu..
tpi nak wt cmner..harini nye dunia memang nak pandang sijil bermaruah ini..kena terima hakikat laa..tapi ternyata setelah dua kali belajar dan x abis di kolej yang berbeza...pilihan aku yang ketiga ini betol2 menepati citarasa aku yang seenak seperti makan nasi ayam hainan..heheheheh...classmate aku,cara study,assignmnet,exam dn segala2nya memang best laa..alhamdulillah,btol juga tindakan aku bermain2 di dua kolej yang berbeza..huhuhuhuhuh

kEngkawan..memang best topik nie..macam2 orang aku kenal tahun lepas,ragam amcam nie laa,ragam amcam tu laa..ternyata manusia nie memang uNik dan masing2 ada kelebihan da kelemahan masing-masing..ngn kengkawan jugak laa kita banyak juga belajar erti kehidupan ni selain dari mak bapak kita ,cikgu sekolah rendah,menengah dan lain2 lagi..bak kata malique...IJAZAH YANG TERBAIK DATANGNYA DARI JALANAN DARI BERCAKARAN DAN BERSALAMAN..aku setuju sangat pepatah itu..ngn kengkawan nie laa banyak membantu kita,banyak berkongsi duka dan gembira dan banyak lagi laa....tapi kengkadang apabila kita terlampau menyayangi diorang dengan erti kata lain kengkawan ni,kita juga sering melupakan dan mengabaikan tanggungjawap kita sebagai manusia dan diri sendiri..itulah hakikatnya dunia ini,segalanya nampak indah dan sempurna apabila mula berjumpa..tapi pabila kita dh ketahui adat resam permainan duniawi ini..kita akan ketahui juga siapa yang pengawal boneka di dalam opera kehidupan ini,siapa penikam belakang dan siapa pendusta nista..ARhhhhh...sial laa,,aku terasa diri aku ni bagus pula,Damn!!!mintaklah dijauhkan segala bsuk ini dari hatiku...sememangnye manusia memang susah nak buat sesuatu yang aku sendiri pon perasan aku pon kurang buat juga iaitu MENgHARGAi...menghargai ini scope yang sangatlaa besar...ini termasuklaa PENCIPTA,DIRI SENDIRI,KELUARGA,KENGKAWAN,SESAMA MANUSIA,SESAMA MAHLUK,ALAM SEKitar dn bebagai lagi..sememang nya kita kurang sangat bersyukur dan menghargai apa yang kta ada sekarang..

sedarlah wahai aku dan korang semua baik korang menghargai setiap saat yang korang ada,dan setiap jam,hari serta masa yang ada sekrang diatas peluang untuk kita masih mampu lagi bernafas dan meneruskan kehidupan ini..pabila mata ini sudah mula terpejam dan tidak boleh lagi dibuka,nescaya MATI lah jawapannya..sememangnya kita mesti selalu mengingati mati..tapi berapa banyak sangatlah diantara kita ini yang mengingati mati..

..DIantara orang paling bijak pandai dalam dunia adalah orang yang sentiasa memikirkan tentag kematian..itu antara yang aku pernah dengar laa di waktu aku mencari2 ilmu untuk dipenuhi di dada yang serba kekosongan dan sepi ini..hhhhrmmm..

tapi segalanya sudah berakhir tahun lepas.di tahun baru ini dengan bangganya dan berdedikasi aku ingin meletakkan harapan baru dan tindakan susulan yang baru untuk aku lakukan di tahun baru ini..semoga Allah SWT memberkati perjalanan aku ini..masih panjang lagi,semoga Dia tidak membalikkan muka dariku..dariNya ku datang dan kepadaNya juga akan ku kembali nanti..di kesempatan ini aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat tinggal kepada kekasih aku yang satu ini..sudah agak lama kita berpacaran dan sudah tidak sanggup lagi aku mengambil risiko dan duka yang akan mendatang...sesunguhnya 5 tahun adalah satu masa yang panjang dan lama...banyak sudah aku korbankan dan banyak sudah kau lakukan kepada aku...seriosly sememangnya aku lemas dan lemas berada di dalam dakapan mu..ku ingin terbang tanpa ada sempadan dan rintangan dan aku ketahui sekiranya kita bersatu kita sememangnya tidak akan boleh menyatu..bayu yang aku rasai dari mu takkan boleh aku dakapi tapi boleh aku rasai kelak..kalau umur yang panjang masih ada,nescaya kita akan duduk dan beseloka lagi ...jaga laa dirimu dan jagalah pekerti mu...

terima laa sebuah puisi yang aku karangkan buat mu wahai Cik Mariam Joaanah

Puisi Indah Yang Ku Tinggalkan

Sekian lama kita bersama
Kongsi suka duka berdua
Tapi akhirnya ku sedari
Cinta di dunia tak kekal abadi

Kau memberiku sinar cahaya
Disaat aku memerlukannya
Mengisi sunyiku setiap masa
Membuatku ingin bersamamu selamanya

Ku perlukan seminit untuk tafsir dirimu
Sejam untuku menyukai caramu
Sehari untuk menyintaimu sepenuh jiwaku
Seumur hidupku untuk melupakanmu

Pahit hendakku katakana
Kita takkan mungkin sama berjalan
Yang terjadi biarlah ku simpan
Untuk ku teruskan hidup dan jadi teladan

Pernahkah kau fikirkan
Atas segala yang telah ku hilang
Serta duka yang kau sisipkan
Hanya puisi indah ini kan ku tinggalkan

Ku perlukan seminit untuk tafsir dirimu
Sejam untuku menyukai caramu
Sehari untuk menyintaimu sepenuh jiwaku
Seumur hidupku untuk melupakanmu



banyak nye benda nak kena dibuat..baiklah segalanya bermula dengan elok dari hari ini...akan ku lakukan yang terbaik buat diriku,keluargaku,bakal isteriku dan anak2 ku serta kedua2 ibubapa ku...lupakan segalanya yang sudah berlalu,buanglaa segalanya yang sudah busuk dan tidak perlu dipakai lagi...
Ohh yearhhh!!!

I love myself,My career & My Future!!!

No comments: